CikguSyam

Ada beberapa keperluan untuk menjadikan gambar single exposure (dadahan tunggal) mudah diambil. Antaranya ialah :

1. Memerlukan filter sama ada GND, RGND atau pun ND. Filter-filter lain pun membantu (kecuali UV filter.... ekekee)

2. Rujuk no.1 ...hehee

Apabila mengambil gambar dengan hanya satu dedahan sahaja, adalah penting untuk memastikan semua bahagian dalam gambar tiada overexpose atau under expose.
Rujuk histogram anda.

Tak perlu pening kepala semasa nak pilih filter yang nak guna semasa dedahan tunggal. Semuanya bergantung kepada berapa slot filter untuk holder yang digunakan.Selama ini saya hanya menggunakan filter holder yang mampu memuatkan maksimum 2 keping filter sahaja.

Setiap slot tersebut saya bahagikan kepada tugasnya tersendiri.

Slot #1 :
 Mengawal keadaan langit supaya tidak overexpose
 Filter yang digunakan : GND
                                    RGND (hanya digunakan ketika matahari betul-betul berada digarisan ufuk)

Slot #2 :
Mengawal kelajuan shutter untuk menentukan berapa lama shutter hendak dibuka.
Filter yang digunakan : ND Filter
                                   Big Stopper

Jika menggunakan filter screw in seperti HOYA ND400, slot #2 boleh digantikan dengan mana-mana filter yang sesuai.

Kebiasaanya saya akan memasukkan filter GND ke dalam slot #1 dahulu supaya kawasan langit yang cenderung untuk overexpose dapat dikawal terlebih dahulu

Selepas itu barulah saya menentukan kelajuan shutter untuk mendapatkan kesan hasil diingini dengan memilih berapa stops shutter perlu dikurangkan berdasarkan ND filter yang digunakan contohnya
untuk mendapatkan efek air seperti berkabus, penggunaan filter seperti Big Stopper (10 stops), Hoya ND400 adalah mesti kerana perlu mendapatkan kelajuan shutter di antara 30 saat dan lebih








Categories:

Leave a Reply