Selamat datang rakan-rakan ke blog saya yang didedikasikan khas untuk foto-foto yang berunsurkan pemandangan alam . Di blog saya ingin berkongsi foto-foto yang telah saya rakamkan sejak mengenali genre ini. Dengan koleksi foto-foto yang tidak seberapa, dapatlah dikongsikan bersama rakan-rakan yang sama-sama meminati genre ini.
Selain itu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menyertakan sedikit panduan asas tentang teknik yang digunakan berdasarkan pengalaman saya yang masih setahun jagung ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah ke blog saya. Dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk berkongsi sekadar termampu saya bergantung kepada kekangan masa. Insyallah.

Jika terdapat kesilapan atau kesalahan fakta, amat diharapkan teguran dan komen dari rakan-rakan supaya ianya dapat diperbetulkan.
Terima Kasih.
Cikgu Syam.