CikguSyam

Ada beberapa keperluan untuk menjadikan gambar single exposure (dadahan tunggal) mudah diambil. Antaranya ialah :

1. Memerlukan filter sama ada GND, RGND atau pun ND. Filter-filter lain pun membantu (kecuali UV filter.... ekekee)

2. Rujuk no.1 ...hehee

Apabila mengambil gambar dengan hanya satu dedahan sahaja, adalah penting untuk memastikan semua bahagian dalam gambar tiada overexpose atau under expose.
Rujuk histogram anda.

Tak perlu pening kepala semasa nak pilih filter yang nak guna semasa dedahan tunggal. Semuanya bergantung kepada berapa slot filter untuk holder yang digunakan.Selama ini saya hanya menggunakan filter holder yang mampu memuatkan maksimum 2 keping filter sahaja.

Setiap slot tersebut saya bahagikan kepada tugasnya tersendiri.

Slot #1 :
 Mengawal keadaan langit supaya tidak overexpose
 Filter yang digunakan : GND
                                    RGND (hanya digunakan ketika matahari betul-betul berada digarisan ufuk)

Slot #2 :
Mengawal kelajuan shutter untuk menentukan berapa lama shutter hendak dibuka.
Filter yang digunakan : ND Filter
                                   Big Stopper

Jika menggunakan filter screw in seperti HOYA ND400, slot #2 boleh digantikan dengan mana-mana filter yang sesuai.

Kebiasaanya saya akan memasukkan filter GND ke dalam slot #1 dahulu supaya kawasan langit yang cenderung untuk overexpose dapat dikawal terlebih dahulu

Selepas itu barulah saya menentukan kelajuan shutter untuk mendapatkan kesan hasil diingini dengan memilih berapa stops shutter perlu dikurangkan berdasarkan ND filter yang digunakan contohnya
untuk mendapatkan efek air seperti berkabus, penggunaan filter seperti Big Stopper (10 stops), Hoya ND400 adalah mesti kerana perlu mendapatkan kelajuan shutter di antara 30 saat dan lebih








Read More …


Histogram - Your Best Friend That Will Never Lie.

Anda memandu kereta berenjin Ferari 600HP di lorong kanan lebuh raya. Kemudian ada kereta kancil yang memotong anda dari sebelah kiri.
Aik? Anda meningkatkan kelajuan , tapi masih ada kereta yang memotong dari sebelah kiri. Anda rasa anda sudah memandu laju. Tetapi persoalannya selaju manakah anda memandu kereta anda?

Mana mungkin kereta kancil lagi laju dari kereta anda?
Mungkin aku bermimpi kot?
Mungkin kereta tue baru balik dari acara drag battle kat litar Sepang kot..?

Cuba perhatikan disebalik stereng kereta ada penunjuk yang dipanggil meter. Di situlah temmpat anda perlu perhatikan berapakah kelajuan anda sebenarnya. Memandu 60km/j di lorong kanan lebuh raya sememangnya tidak sesuai.

Histogram juga adalah umpama meter yang memberitahu berapa kelajuan anda sebenarnya ataupun dari erti kata lain exposure anda. Sama ada terlalu gelap ataupun terlalu terang hingga hilang semua detail dalam gambar.


Senang cerita, tengok graf itu berada disebelah mana, kalo....

#1. Kiri > Gelap Gulita
#2. Kanan > Terang Benderang
#3. Tengah > Ok

Masalah ini timbul apabila para landscaper cuba bermain dengan exposure melebihi 30saat (BULB) metering kamera tidak dapat diguna pakai lagi (saya akan berkongsi 1/30sec tips dalam entri berikutnya) Apa yang tinggal adalah histogram anda. Gunakanlah histogram itu, jangan dok perasan sangat... hehehee


p/s: saya adalah pengguna nikon. segala penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan limitasi kamera saya.saya kongsikan untuk rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. anda bebas untuk membaca dan memberikan komen. 

Read More …

Ada beberapa keperluan untuk menjadikan gambar single exposure (dadahan tunggal) mudah diambil. Antaranya ialah :

1. Memerlukan filter sama ada GND, RGND atau pun ND. Filter-filter lain pun membantu (kecuali UV filter.... ekekee)

2. Rujuk no.1 ...hehee

Apabila mengambil gambar dengan hanya satu dedahan sahaja, adalah penting untuk memastikan semua bahagian dalam gambar tiada overexpose atau under expose. Rujuk histogram anda.

Tak perlu pening kepala semasa nak pilih filter yang nak guna semasa dedahan tunggal. Semuanya bergantung kepada berapa slot filter untuk holder yang digunakan.  Selama ini saya hanya menggunakan filter holder yang mampu memuatkan maksimum 2  keping filter sahaja


Setiap slot tersebut saya bahagikan kepada tugasnya tersendiri.

Slot #1 : Mengawal keadaan langit supaya tidak overexpose.
Filter : GND
           RGND (hanya digunakan ketika matahari betul-betul berada digarisan ufuk)

Slot #2 : Mengawal kelajuan shutter untuk menentukan berapa lama shutter hendak dibuka. Kesan kepada gambar adalah berbeza untuk kelajuan shutter yang berbeza.
Filter : ND Filter
           Big Stopper

Jika menggunakan filter screw in seperti HOYA ND400, slot #2 boleh digantikan dengan mana-mana filter yang sesuai.

Kebiasaanya saya akan memasukkan filter GND ke dalam slot #1 dahulu supaya kawasan langit yang cenderung untuk overexpose dapat dikawal terlebih dahulu. Selepas itu barulah saya menentukan kelajuan shutter untuk mendapatkan kesan hasil diingini dengan memilih berapa stops shutter perlu dikurangkan melalui ND filter.





p/s: saya adalah pengguna nikon. segala penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan limitasi kamera saya.saya kongsikan untuk rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. anda bebas untuk membaca dan memberikan komen. 

Read More …

Posting kali ini saya akan berkongsi bagaimana kebanyakan gambar hitam putih saya dihasilkan. Ketika mula-mula menceburi bidang fotografi, segala editing terhadap foto dilakukan menggunakan Adobe Photoshop. Kebelakangan ini saya berasa amat selesa menggunakan Adobe Lightroom untuk tujuan editing foto. Agak kekok pada peringkat awal tetapi menerusi perkongsian-perkongsian di youtube saya dapat memahami bagaimana hendak mengeksplotasi sepenuhnya potensi setiap keping foto yang diproses menggunakan Adobe Lightroom

Foto ini telah ubah kepada mood hitam putih menerusi  Adobe Lightroom dan sedikit sentuhan akhir menggunakan Adobe Photoshop.



Gambar ini pula adalah gambar asal yang tidak diedit.


Exif : f16 . ISO 200, 25 sec

Ini adalah sepintas lalu setting yang digunakan untuk menghasilkan gambar tersebut.



Antara perkara utama yang diberi perhatian adalah histogram yang memberitahu mengenai keseluruhan gambar tersebut. Histogram tersebut dibahagikan kepada 5 segmen utama iaitu :

  1. Blacks
  2. Shadows
  3. Exposure
  4. Highlights
  5. Whites

Apabila menghasilkan sekeping foto hitam putih, saya akan memastikan setiap segmen tersebut diberi perhatian kerana elemen-elemen tersebutlah yang mewarna gambar hitam putih tersebut.

Untuk perkongsian seterusnya saya akan cuba mengupas sedikit demi sedikit proses editing ini.

Sharing is caring ;)


Cikgu Syam






Read More …


Selamat datang rakan-rakan ke blog saya yang didedikasikan khas untuk foto-foto yang berunsurkan pemandangan alam . Di blog saya ingin berkongsi foto-foto yang telah saya rakamkan sejak mengenali genre ini. Dengan koleksi foto-foto yang tidak seberapa, dapatlah dikongsikan bersama rakan-rakan yang sama-sama meminati genre ini.

Selain itu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menyertakan sedikit panduan asas tentang teknik yang digunakan berdasarkan pengalaman saya yang masih setahun jagung ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah ke blog saya. Dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk berkongsi sekadar termampu saya bergantung kepada kekangan masa. Insyallah.

Jika terdapat kesilapan atau kesalahan fakta, amat diharapkan teguran dan komen  dari rakan-rakan supaya ianya dapat diperbetulkan.


Terima Kasih.

Cikgu Syam. 
Read More …

Sejak dari awal menceburkan diri dengan dunia 'lanscape' ini, macam-macam persoalan yang timbul bila memerhatikan gambar-gambar dari jurugambar lain. Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada waktu itu, pening juga memikirkan bagaimana nak mendapatkan gambar yang cantik dan menarik sebegitu rupa. 

Berkat dengan tunjuk ajar rakan-rakan dan khidmat dari encik 'Google', banyak persoalan yang dah terjawab. Walaupun begitu, saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari lagi.

Di sini ingin saya kongsikan 3 cara bagaimana kebanyakan gambar landscape dihasilkan :



Pertama : Single Exposure  = filter,peralatan yang wajib selain tripod dan remote shutter release.


Kedua : HDR , tidak memerlukan filter, tetapi memerlukan kemahiran menggunakan perisian seperti photomatix   dan photoshop




Ketiga : Epxosure blending (DRI) : juga tidak memerlukan filter tetapi memerlukan kemahiran mengendalikan perisian seperti photoshop.


Kesimpulannya, hanya anda yang menentukan bagaimana anda hendak karya anda dihasilkan.. 






Read More …

Nama Tok Lukut sentiasa membuatkan saya sentiasa terfikir untuk mencari peluang bilakah dapat ke sana. Lokasi tempat ini yang terletak di negeri Kelantan berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra secara tak langsung adalah kampung halaman isteri mencerahkan peluang. Akhirnya pada bulan Mac 2012 hajat itu terlaksana.. hehehe.. Jom balik kampung.

Bertemankan seorang rakan sekerja yang juga menetap di kawasan yang berdekatan, kami pun berusaha menjejaki lokasi tersebut dan akhirnya dapat juga ditemui ( hanya terlindung sedikit dari jalan utama).
Walaupun ketika sampai matahari sudah hampir tenggelam, tapi alhamdulillah sunset pada petang tersebut tidak mengecewakan.

Foto yang pertama dirakam dengan menggunakan filter Hoya ND400 dengan tujuan untuk mendapatkan kesan 'long exposure'. Dengan penggunaan filter tersebut, masa dedahan dapat dipanjangkan kepada 10 saat. Ini cukup untuk mendapatkan kesan air yang seperti berkabus.
Single Exposure @ 10 sec
f8, ISO 200
Filter : Hoya ND 400
Manakala foto-foto berikutnya telah dirakam dengan menggunakan teknik HDR dari 9 exposure. Seterusnya foto tersebut diproses dengan menggunakan sofware Photomatix Pro dan diolah secukup rasa di dalam Photoshop.

(mengapa perlu nak HDR? = http://cikgusyam101.blogspot.com/2012/05/why-hdr.html)

HDR dari 9 exposure
f8, ISO 200

Panorama dari 2 set HDR (18 exposure)
f8, ISO 200

Read More …