CikguSyam

Ada beberapa keperluan untuk menjadikan gambar single exposure (dadahan tunggal) mudah diambil. Antaranya ialah :

1. Memerlukan filter sama ada GND, RGND atau pun ND. Filter-filter lain pun membantu (kecuali UV filter.... ekekee)

2. Rujuk no.1 ...hehee

Apabila mengambil gambar dengan hanya satu dedahan sahaja, adalah penting untuk memastikan semua bahagian dalam gambar tiada overexpose atau under expose. Rujuk histogram anda.

Tak perlu pening kepala semasa nak pilih filter yang nak guna semasa dedahan tunggal. Semuanya bergantung kepada berapa slot filter untuk holder yang digunakan.  Selama ini saya hanya menggunakan filter holder yang mampu memuatkan maksimum 2  keping filter sahaja


Setiap slot tersebut saya bahagikan kepada tugasnya tersendiri.

Slot #1 : Mengawal keadaan langit supaya tidak overexpose.
Filter : GND
           RGND (hanya digunakan ketika matahari betul-betul berada digarisan ufuk)

Slot #2 : Mengawal kelajuan shutter untuk menentukan berapa lama shutter hendak dibuka. Kesan kepada gambar adalah berbeza untuk kelajuan shutter yang berbeza.
Filter : ND Filter
           Big Stopper

Jika menggunakan filter screw in seperti HOYA ND400, slot #2 boleh digantikan dengan mana-mana filter yang sesuai.

Kebiasaanya saya akan memasukkan filter GND ke dalam slot #1 dahulu supaya kawasan langit yang cenderung untuk overexpose dapat dikawal terlebih dahulu. Selepas itu barulah saya menentukan kelajuan shutter untuk mendapatkan kesan hasil diingini dengan memilih berapa stops shutter perlu dikurangkan melalui ND filter.






p/s: saya adalah pengguna nikon. segala penulisan saya adalah berdasarkan pengalaman dan limitasi kamera saya.saya kongsikan untuk rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama. anda bebas untuk membaca dan memberikan komen. 

Categories: ,

Leave a Reply