CikguSyam


Selamat datang rakan-rakan ke blog saya yang didedikasikan khas untuk foto-foto yang berunsurkan pemandangan alam . Di blog saya ingin berkongsi foto-foto yang telah saya rakamkan sejak mengenali genre ini. Dengan koleksi foto-foto yang tidak seberapa, dapatlah dikongsikan bersama rakan-rakan yang sama-sama meminati genre ini.

Selain itu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menyertakan sedikit panduan asas tentang teknik yang digunakan berdasarkan pengalaman saya yang masih setahun jagung ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah ke blog saya. Dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk berkongsi sekadar termampu saya bergantung kepada kekangan masa. Insyallah.

Jika terdapat kesilapan atau kesalahan fakta, amat diharapkan teguran dan komen  dari rakan-rakan supaya ianya dapat diperbetulkan.


Terima Kasih.

Cikgu Syam. 

3 Responses so far.

  1. Unknown says:

    kemass!!
    tengok blog orang ni, teringat blog sendiri yang sudah lama dibiarkan sepi hehe

  2. apa lagi.. rajin2 ler update.. heee

  3. Salam tuan,
    Saya baru berjinak-jinak dengan bidang fotografi(setakat ambil gambar anak lah).
    Saya amat berkenan sungguh dengan gambar-gambar yang menampakkan air seperti kapas(pantai, air terjun).
    Saya cuba gunakan shutter perlahan, malangnya masih lagi tidak mendapat hasil seperti yang saya harapkan(saya impikan seperti gambar tuan ini).
    Setelah merujuk kepada beberapa blog, ramai yang mengesyorkan saya membeli ND Filter.
    Dan saya sudah dapatkan ND4 Filter.
    Sebagai contoh, apakah setting yang sesuai digunakan untuk mengambil gambar seperti gambar tuan(air berkapas)?
    Saya juga sungguh tidak faham apa itu F Stop.

    Harap tuan dapat membantu.

Leave a Reply