Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai apa itu HDR, saya cuba kongsikan beberapa foto. Perbezaan yang saya cuba tunjukkan adalah foto yang dirakam dalam satu dedahan sahaja (single exposure) dan foto yang dirakam dan diproses melalui teknik HDR.
Seperti yang anda lihat, sangat sukar untuk merakam foto pemandangan secara tepat (tanpa ada penggunaan apa-apa jenis filter) kerana sensor kamera hanya terbatas kepada satu 'shutter speed' dan satu 'aperture' sahaja setiap kali foto dirakam. Jadi mustahil dapat menggunakan dua setting yang berbeza pada satu foto. Kerana itu lah jarang kita dapat melihat foto yang dirakam sama seperti apa yang kita nampak dengan mata sahaja.
![]() |
Perhatikan bahagian langit di foto pertama yang telah hilang 'detail'nya dan 'shadow' yang ketara pada bahagian rumput.
|
![]() |
Seterusnya, apabila saya cuba mendapatkan bacaan yang sempurna untuk bahagian langit,
tetapi bahagian rumput sudah menjadi terlalu gelap |
![]() |
HDR |
Entri berikutnya saya akan menerangkan lebih lanjut tentang HDR.
Categories:
HDR
tahniah di atas kejayaan photoblog ni cikgu syam...teruskan usaha anda..hehe..
terima kasih, saya hanya cuba berkongsi sekadar termampu..