CikguSyam

Posting kali ini saya akan berkongsi bagaimana kebanyakan gambar hitam putih saya dihasilkan. Ketika mula-mula menceburi bidang fotografi, segala editing terhadap foto dilakukan menggunakan Adobe Photoshop. Kebelakangan ini saya berasa amat selesa menggunakan Adobe Lightroom untuk tujuan editing foto. Agak kekok pada peringkat awal tetapi menerusi perkongsian-perkongsian di youtube saya dapat memahami bagaimana hendak mengeksplotasi sepenuhnya potensi setiap keping foto yang diproses menggunakan Adobe Lightroom

Foto ini telah ubah kepada mood hitam putih menerusi  Adobe Lightroom dan sedikit sentuhan akhir menggunakan Adobe Photoshop.



Gambar ini pula adalah gambar asal yang tidak diedit.


Exif : f16 . ISO 200, 25 sec

Ini adalah sepintas lalu setting yang digunakan untuk menghasilkan gambar tersebut.



Antara perkara utama yang diberi perhatian adalah histogram yang memberitahu mengenai keseluruhan gambar tersebut. Histogram tersebut dibahagikan kepada 5 segmen utama iaitu :

  1. Blacks
  2. Shadows
  3. Exposure
  4. Highlights
  5. Whites

Apabila menghasilkan sekeping foto hitam putih, saya akan memastikan setiap segmen tersebut diberi perhatian kerana elemen-elemen tersebutlah yang mewarna gambar hitam putih tersebut.

Untuk perkongsian seterusnya saya akan cuba mengupas sedikit demi sedikit proses editing ini.

Sharing is caring ;)


Cikgu Syam






Read More …


Selamat datang rakan-rakan ke blog saya yang didedikasikan khas untuk foto-foto yang berunsurkan pemandangan alam . Di blog saya ingin berkongsi foto-foto yang telah saya rakamkan sejak mengenali genre ini. Dengan koleksi foto-foto yang tidak seberapa, dapatlah dikongsikan bersama rakan-rakan yang sama-sama meminati genre ini.

Selain itu, saya cuba meluangkan sedikit masa untuk menyertakan sedikit panduan asas tentang teknik yang digunakan berdasarkan pengalaman saya yang masih setahun jagung ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menjengah ke blog saya. Dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk berkongsi sekadar termampu saya bergantung kepada kekangan masa. Insyallah.

Jika terdapat kesilapan atau kesalahan fakta, amat diharapkan teguran dan komen  dari rakan-rakan supaya ianya dapat diperbetulkan.


Terima Kasih.

Cikgu Syam. 
Read More …

Sejak dari awal menceburkan diri dengan dunia 'lanscape' ini, macam-macam persoalan yang timbul bila memerhatikan gambar-gambar dari jurugambar lain. Dengan ilmu dan pengetahuan yang ada pada waktu itu, pening juga memikirkan bagaimana nak mendapatkan gambar yang cantik dan menarik sebegitu rupa. 

Berkat dengan tunjuk ajar rakan-rakan dan khidmat dari encik 'Google', banyak persoalan yang dah terjawab. Walaupun begitu, saya sendiri masih banyak yang perlu dipelajari lagi.

Di sini ingin saya kongsikan 3 cara bagaimana kebanyakan gambar landscape dihasilkan :



Pertama : Single Exposure  = filter,peralatan yang wajib selain tripod dan remote shutter release.


Kedua : HDR , tidak memerlukan filter, tetapi memerlukan kemahiran menggunakan perisian seperti photomatix   dan photoshop




Ketiga : Epxosure blending (DRI) : juga tidak memerlukan filter tetapi memerlukan kemahiran mengendalikan perisian seperti photoshop.


Kesimpulannya, hanya anda yang menentukan bagaimana anda hendak karya anda dihasilkan.. 






Read More …

Nama Tok Lukut sentiasa membuatkan saya sentiasa terfikir untuk mencari peluang bilakah dapat ke sana. Lokasi tempat ini yang terletak di negeri Kelantan berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra secara tak langsung adalah kampung halaman isteri mencerahkan peluang. Akhirnya pada bulan Mac 2012 hajat itu terlaksana.. hehehe.. Jom balik kampung.

Bertemankan seorang rakan sekerja yang juga menetap di kawasan yang berdekatan, kami pun berusaha menjejaki lokasi tersebut dan akhirnya dapat juga ditemui ( hanya terlindung sedikit dari jalan utama).
Walaupun ketika sampai matahari sudah hampir tenggelam, tapi alhamdulillah sunset pada petang tersebut tidak mengecewakan.

Foto yang pertama dirakam dengan menggunakan filter Hoya ND400 dengan tujuan untuk mendapatkan kesan 'long exposure'. Dengan penggunaan filter tersebut, masa dedahan dapat dipanjangkan kepada 10 saat. Ini cukup untuk mendapatkan kesan air yang seperti berkabus.
Single Exposure @ 10 sec
f8, ISO 200
Filter : Hoya ND 400
Manakala foto-foto berikutnya telah dirakam dengan menggunakan teknik HDR dari 9 exposure. Seterusnya foto tersebut diproses dengan menggunakan sofware Photomatix Pro dan diolah secukup rasa di dalam Photoshop.

(mengapa perlu nak HDR? = http://cikgusyam101.blogspot.com/2012/05/why-hdr.html)

HDR dari 9 exposure
f8, ISO 200

Panorama dari 2 set HDR (18 exposure)
f8, ISO 200

Read More …


Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai apa itu HDR, saya cuba kongsikan beberapa foto. Perbezaan yang saya cuba tunjukkan adalah foto yang dirakam dalam satu dedahan sahaja (single exposure) dan foto yang dirakam dan diproses melalui teknik HDR. 


Seperti yang anda lihat, sangat sukar untuk merakam foto pemandangan secara tepat (tanpa ada penggunaan  apa-apa jenis filter) kerana sensor kamera hanya terbatas kepada satu 'shutter speed' dan satu 'aperture' sahaja setiap kali foto dirakam. Jadi mustahil dapat menggunakan dua setting yang berbeza pada satu foto. Kerana itu lah jarang kita dapat melihat foto yang dirakam sama seperti apa yang kita nampak dengan mata sahaja.


Perhatikan bahagian langit di foto pertama yang telah hilang 'detail'nya dan 'shadow' yang ketara pada bahagian rumput. 

Seterusnya, apabila saya cuba mendapatkan bacaan yang sempurna untuk bahagian langit,  tetapi bahagian   rumput sudah menjadi terlalu gelap 

Tetapi apabila cuba untuk mendapatkan bacaan meter yang sempurna pada bahagian rumput, bahagian langit telah hilang keseluruhan 'detail' (highlight). 


Kelemahan kamera yang hanya mampu merakam satu gambar dengan satu setting aperture dan shutter speed sahaja dapat di atasi dengan menggunakan teknik HDR.


HDR
Seperti gambar di atas melalui penggunaan teknik HDR, 'detail' pada setiap bahagian langit dan juga rumput seperti di dalam foto di atas dapat dijaga.

Entri berikutnya saya akan menerangkan lebih lanjut tentang HDR.












Read More …